SYARAT-SYARAT WAJIB MANDI JENAZAH
Tiap-tiap mayat umat Islam adalah wajib dimandikan dan ia tertakluk di bawah syarat-
syarat tertentu :
1. Mayat berkenaan adalah mayat orang Islam.
2. Mayat terbabit mesti ada anggota yang cukup (tubuh badan ), walaupun sedikit sahaja. Sebaliknya jika sesuatu mayat itu hancur ,maka ia tidak lagi wajib dimandikan.
3. Mayat itu bukan mayat orang mati syahid(mati biasa ),bagi mayat orang yang mati syahid (kerana mempertahankan agama Allah ),ia tidak wajib dimandikan dan ia hanya wajib dikebumikan dengan keadaan tersebut sahaja.
Sunday, 17 March 2013
Friday, 15 March 2013
MEMANDIKAN JENAZAH
MEMANDIKAN JENAZAH (MAYAT)
Mati adalah satu daripada perkara- perkara yang mewajibkan mandi dalam Islam. Oleh itu , bila seseorang anak Adam meninggal dunia samada lelaki atau perempuan , dewasa atau kanak-kanak , besar atau kecil, merdeka atau hamba , maka perkara yang perlu diutamakan ialah memandikan mayat berkenaan.
Seandainya sesuatu mayat seorang Islam itu tidak dimandikan terlebih dahulu , maka mayat berkenaan tidak harus dikafankan dan disembahyangkan .Sekira mayat tersebut disembahyangkan juga , maka sembahyangnya tidak sah bahkan tidak boleh ditanamkan kecuali mayat terbabit ada keuzuran dari segi hukum syarak untuk dimandikan.Maka dengan sebab-sebab yang diharuskan maka ia barulah harus ditayamumkan bagi mengharuskan ia disembahyangkan
Hukum asas mengenai masalah mandi mayat ini diterangkan didalam hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim di mana Rasulullah S.A. W bersabda yang bermaksud :
" Dari Ummu Atiyyah Al- Ansari r.a. katanya Rasulullah telah masuk ke tempat kami ketika anak perempuan Baginda meninggal ,lalu bersabda : mandilah dia tiga kali atau lima kali , atau lebih dari itu , jika kamu rasa elok dengan tambhan tersebut, iaitu dengan air dan serbuk daun bidara dan campurkan sedikit kapur barus pada kali terakhir. Setelah selesai kami pun memberitahu kepada Rasulullah lalu Baginda memberi kepada kami kain sarungnya sambil bersabda ; Balutlah badannya dengan kain ini ."
MAKSUD MANDI MAYAT
Maksud mandi mayat ialah membasuh seluruh tubuh badan mayat berkenaan pada lahirnya dengan syarat-syarat dan cara-cara tetentu sehingga seluruh tubuh badan mayat berkenaan jelas bersih dan suci pada pandangan hukum bersuci dalam Islam iaitu dengan cara meratakan air keseluruh tubuh mayat berkenaan pada lahirnya.Sekaligus menghilangkan segala najis dan kekotoran yang tidak dimaafkan oleh syarak yang terdapat pada tubuh badan lahiriah mayat tersebut.

Friday, 1 March 2013
AHLAN WASAHLAN
AHLAN WASAHLAN
Selamat datang ke blog saya.
Semoga paparan di sini dapat dimanfaat bersama.
Subscribe to:
Posts (Atom)