KEMATIAN
Perkataan Arab yang diambil daripada kata dasar (مات ) yang bermaksud
mati atau meninggal dunia. Selain itu, ia membawa maksud tidak beriman
atau bodoh.
JENAZAH
Perkataan Arab yang diambil daripada perkataan dasar janaza yang membawa
maksud mengumpulkan , menutupi atau meletakkan.
Jenazah pula bermaksud :
- Jenazah yang dibawa ke kubur dengan meletakkannya dalam usungan dan dikebumikan.
- Jenazah atau orang yang telah meninggal dunia.
- Usungan ( keranda ) jenazah.
TANDA-TANDA KEMATIAN
Antara tanda-tanda kematian yang biasa diceritakan oleh alim ulama dan orang-orang yang berpengalaman luas ialah :
1. Layu atau jatuh kedua-dua telinga dan hidungsebelum nazak.
2. Kedua- dua tumit kaki menjadi lembut.
3. Hidung menjadi bengkak.
4 .Alis mata semakin hilang.
5. Kulit muka menjadi semakin tegang.
6. Tulang pinggang rapat ke lantai.
7. Keluar peluh dan air mata.
Menurut Osman bin Affan , Rasulullah saw bersabda :-
Perhatikanlah orang itu menjelang wafatnya.Apabila kedua-dua
matanya terbeliak ,dahinya berpeluh dan membesar dua lubang hidungnya,
bererti rahmat Allah telah turun. Tetapi apabila dia mendengkur seperti
orang tercekik , tubuhnya pucat , mulutnya bertambah lebar , bererti
siksa Allah telah turun kepadanya.
Assalamualaikum..cantek blog ni :)
ReplyDeleteboleh kongsi ilmu yang bermanfaat,mengingatkan diri sendiri yang bakal bergelar jenazah
CANTEK!!
ReplyDelete