PENGURUSAN JENAZAH
MENGURUSKAN JENAZAH
Menguruskan jenazah adalah satu-satunya tugas kewajipan umat Islam yang telah dipertanggungjawabkan oleh syariat.Tugas ini bukan hanya dipertanggungjawabkan ke atas individu sahaja, malah masyarakat juga bila berlakunya kematian saudara seislam dalam masyarakat tempatan sebelum mayat tersebut diserahkan secara mutlak kepada Allah Azzawajallsebuta tuhan yang menghidupkan dan mematikan.
Tanggungjawab mengurukan jenazah seorang muslim oleh saudara Islamnya yang masih hidup adalah Fardu Kifayah . Fardu Kifayah bererti wajib keatas masyarakat secara umum untuk menyempurnakan tuntutan tersebut.Namun demikian memadailah hanya satu atau dua orang sahaja dari anggota masyarakat tempatan terbabit yang menguruskan jenazah.Ini merupakan tanggungjawab mereka yang masih hidup.Tidak semestinya setiap anggota masyarakat itu turut serta dalam pemandian jenazah ini dan cukuplah sekadar beberapa kerat dari anggota masyarakat tersebut.Maka anggota masyarakatyang lain terlepas dari tuntutan tersebut (gugur hukum wajib ke atas mereka semua) Sebaliknya jika tiada seorang pun dari anggota masyarakat menyempurnakan tuntutan ini, maka seluruh anggota masyarakat terbabit akan menanggung dosa.
PERKARA-PERKARA YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN DALAM HAL PENGURUSAN JENAZAH
1. Memandikan jenazah
2. Mengkafankan jenazah
3. Menyembahyangkan jenazah
4. Mengebumikan jenazah
Subscribe to:
Posts (Atom)
terasa dekat pula dengan kematian....boleh membawa kepada keinsafan. TQ
ReplyDelete