PERKARA SUNAT SELEPAS KEMATIAN

PERKARA SUNAT YANG PERLU DILAKUKAN TERHADAP ORANG YANG MENINGGAL DUNIA.

                    

     1. PEJAMKAN MATANYA DAN IKAT RAHANGNYA.
         Pejamkan kedua-dua matanya dan ikat kedua-dua rahangnya menggunakan kain agar mulutnya tidak terbuka.

      2. LEMBUTKAN SENDI-SENDINYA.
         Lembutkan setiap tulang-tulang sendinya dan kembalikan setiap sendi ke tempatnya.

      3. LETAK SESUATU ATAS PERUT.
         Letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya agar ia tidak kelihatan kembung hingga menjadikannya kurang elok.

      4. TANGGALKAN PAKAIAN. 
          Disunatkan agar ditanggalkan seluruh pakaiannya dan menutupnya dengan kain yang nipis.

      5. DILETAKKAN DITEMPAT LEBIH TINGGI.
          Letakkan jenazah di tempat yang lebih tinggi daripada lantai  seperti di atas tilam serta menghadapkannya ke arah kiblat.

No comments:

Post a Comment