Friday, 15 March 2013

MEMANDIKAN JENAZAH

                                                      MEMANDIKAN  JENAZAH (MAYAT)

        Mati adalah satu daripada perkara- perkara yang mewajibkan mandi dalam  Islam. Oleh itu , bila seseorang anak Adam meninggal dunia samada lelaki atau perempuan , dewasa atau kanak-kanak , besar atau kecil, merdeka atau hamba , maka perkara yang perlu diutamakan ialah memandikan mayat berkenaan.  

        Seandainya sesuatu mayat seorang Islam itu tidak dimandikan terlebih dahulu , maka mayat berkenaan tidak harus dikafankan dan disembahyangkan .Sekira mayat tersebut disembahyangkan juga , maka sembahyangnya tidak sah bahkan tidak boleh ditanamkan kecuali mayat terbabit ada keuzuran dari segi hukum syarak untuk dimandikan.Maka dengan sebab-sebab yang diharuskan maka ia barulah harus ditayamumkan bagi mengharuskan ia disembahyangkan

        Hukum asas mengenai masalah mandi mayat ini  diterangkan didalam  hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim di mana Rasulullah S.A. W bersabda yang bermaksud :  
           
              " Dari Ummu Atiyyah Al- Ansari r.a. katanya Rasulullah telah masuk ke tempat kami ketika anak       perempuan Baginda meninggal ,lalu bersabda : mandilah dia tiga kali atau lima kali , atau lebih dari itu , jika  kamu rasa elok dengan tambhan tersebut, iaitu dengan air dan serbuk daun bidara dan campurkan sedikit kapur barus pada kali terakhir. Setelah selesai kami pun memberitahu kepada Rasulullah lalu Baginda memberi kepada kami kain sarungnya sambil bersabda ; Balutlah badannya dengan kain ini ."

                                                      MAKSUD MANDI MAYAT
       
          Maksud mandi mayat ialah membasuh seluruh tubuh badan mayat berkenaan pada lahirnya dengan syarat-syarat dan cara-cara  tetentu sehingga seluruh tubuh badan mayat berkenaan jelas bersih dan suci pada pandangan hukum bersuci dalam Islam iaitu dengan cara meratakan air keseluruh tubuh mayat berkenaan pada lahirnya.Sekaligus menghilangkan segala najis dan kekotoran yang tidak dimaafkan oleh syarak yang terdapat pada tubuh badan lahiriah mayat tersebut.    

No comments:

Post a Comment