HUKUM MEMANDIKAN MAYAT



                                             HUKUM  MEMANDIKAN  MAYAT
         Hukum memandikan mayat adalah wajib (fardu kifayah) ke atas orang-orang Islam yang masih hidup sekalipun mayat orang yang mati kerana membunuh diri.
         Memandikan mayat itu sekurang-kurangnya dengan meratakan air ke seluruh tubuh badan mayat .Setelah dibersihkan najis-najis sehingga ke kemaluan  hadapan dan belakangnya yang zahir semasa duduk mencangkung bagi orang perempuan dan kebawah kemaluan bagi orang lelaki ,sekiranya kemaluan berkenaan terbuka, dan sebaliknya jika kemaluan itu tertutup tidak semestinya dibasuh atau disimpan air kedalamnya. Memadailah dengan dimandikan atau diratakan air pada bahagian luar sahaja.

No comments:

Post a Comment